NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU355 BUKAN PERMAINAN POLITIK

photo ehsan utaranews
“Mereka ini tidak fikir untuk kepentingan agama, kepentingan politik mereka lebih tinggi daripada segala-galanya, tetapi kita tidak begitu,”
Abdul Hadi menegaskan, Rafizi tidak mempunyai hak untuk mendakwa tindakan tersebut sebagai permainan UMNO kerana tu­juan utama pe­nanggu­han adalah untuk memberi ruang kepada lebih banyak penera­ngan diberikan di seluruh negara serta perjumpaan dengan semua pihak termasuk dialog dalam kalangan bukan Islam sendiri.
Malah, Presiden Pas itu mengulangi peringatan agar jangan sesekali membakar sentimen yang boleh menggugat keamanan negara menggunakan isu rang undang-undang tersebut untuk keuntungan politik masing-masing.
“Itu tidak betul…saya bukan melengah-lengahkan, tetapi untuk memberi ruang penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul sebab saya tidak bertindak dengan cara tergopoh-gapah.
“Sebenarnya mereka nak tutup di situ dengan undi di Parlimen, itu tidak boleh. Undi tidak mewakili seluruh masyarakat Islam. Hendak bakar keamanankah?
“Mereka ini tidak fikir untuk kepentingan agama, kepentingan politik mereka lebih tinggi daripada segala-galanya, tetapi kita tidak begitu,” katanya kepada pembe­rita di kediamannya di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak berse­belahan.
Semalam, selepas selesai membentangkan RUU 355 dan menangguhkan penjelasan mengenainya pada sidang Dewan Rakyat Mac tahun depan, Abdul Hadi dalam sidang akhbar memberi peringatan tegas kepada wa­kil-wakil rak­yat bukan Islam supaya jangan mencampuri urusan agama Islam yang jelas tiada kaitan de­ngan mereka.
Abdul Hadi yang merujuk kes Gabenor Jakarta, Ba­suki Tja­­haja Purnama atau Ahok, menzahirkan kekecewaan beliau apabila terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang beliau percaya tidak mewa­kili keseluruhan masyarakat bukan Islam, menggunakan isu RUU 355 untuk mendapatkan keuntungan politik masing-ma­sing berbanding kepentingan awam.
Katanya, usul yang di­bawa beliau ke Dewan Rak­yat hanya berkait de­ngan umat Islam dan perkara-perkara berhubung agama Islam di bawah raja-raja Melayu.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/video-ruu-355-bukan-permainan-umno-1.412465

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo