NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Remaja hilang selepas ke sekolah masih belum ditemui




Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak pagi semalam, masih belum ditemui.

BANGI : Selepas lebih 24 jam, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak pagi semalam, masih belum ditemui.

Aliaa Syafiqah Nazar tidak dapat dikesan selepas kali terakhir dilihat di perkarangan sekolahnya di Kampung Sungai Tangkas, Bangi, kira-kira jam 7.50 pagi semalam.

Bapanya, Mohd Norjuahari Nazar Nazari, ketika dihubungi pagi ini berkata, mereka sekeluarga telah membuat laporan polis semalam dan siasatan sehingga kini masih berjalan.

"Kami cuba mencari Aliaa dan bertanyakan kepada rakan-rakannya, namun semuanya tidak berhasil," katanya mengenai anaknya yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Islam Al Amin, Bangi.

Mereka juga telah meminta bantuan untuk mengesan sebarang isyarat dan aktiviti dari telefon bimbit yang digunakan Aliaa.

Bernama melaporkan semalam, Aliaa dikatakan tertekan dengan rakan-rakan sekolah kerana sering bertanyakan tentang ibunya yang tidak ditemui semenjak 2008.

Mohd Norjuahari dipetik berkata, Aliaa yang tinggal bersama keluarganya di Bandar Baru Bangi, disedari hilang kira-kira 10 pagi Selasa selepas didapati tiada di dalam bilik tidurnya.

Anak sulungnya itu kali terakhir dilihat di perkarangan sekolah dengan berbaju merah jambu, bertudung labuh berwarna jingga dan berpurdah, berseluar jeans serta memakai beg sandang.

"Pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekolahnya menunjukkan Aliaa memakai purdah berwarna krim berseorangan di luar sekolah kira-kira 7.50 pagi tadi...saya hairan kerana selalunya dia tidak mengenakan purdah," katanya kepada Bernama.

Berita penuh di http://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-hilang-selepas-ke-sekolah-masih-belum-ditemui-122747

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo