NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Perang' Jika Bersih 5 Diteruskan - Jamal

Kami akan mengisytiharkan 'perang' terhadap Bersih dalam waktu terdekat ini. Tunggu. Mungkin ada protes setiap hari.

PETALING JAYA: Kumpulan gerakan Baju Merah akan 'berperang' dengan kumpulan Bersih dan mengadakan protes setiap hari jika kumpulan tersebut masih mahu meneruskan perhimpunan 19 November ini.
Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata kumpulan Baju Merah tidak akan berhimpun jika penyokong Bersih bersetuju melakukan tindakan sama.
"Kami akan mengisytiharkan perang terhadap Bersih dalam waktu terdekat ini.
"Tunggu. Mungkin ada protes setiap hari," kata Jamal kepada pemberita selepas hadir ke perhimpunan 'Selangkah Menuju Ke Hinpunan Raksasa 19 November, Mendepani Bersih 5', di pejabat portal berita Malaysiakini di Jalan Tandang di sini, Sabtu.
Jamal berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan susulan yang akan diambil jika Bersih 5 tetap berkeras untuk meneruskan rancangan mengadakan perhimpunan walaupun telah diberi 'amaran' oleh Baju Merah.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata amaran bahawa permit tidak akan diberikan untuk kedua-dua kumpulan juga telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo