NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengambilan Vaksin Wajib - Jawatankuasa Fatwa Perlis

sebarang tindakan yang boleh memudaratkan kesihatan anak adalah berdosa


PETALING JAYA: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan pengambilan vaksin bagi melindungi anak daripada serangan penyakit adalah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga yang wajib ditunaikan.

Sehubungan itu, sebarang tindakan yang boleh memudaratkan kesihatan anak adalah berdosa.

Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat kali ke-23 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 3 dan 4 Oktober lalu yang memutuskan suntikan imunisasi terbukti sebagai kaedah paling berkesan dalam melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak berbahaya.

"Vaksin terbukti melindungi anak-anak daripada wabak penyakit merbahaya seperti cacar, polio, influenza, meningococcal, cirit-birit dan beberapa penyakit lain," demikian menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, ibu bapa atau penjaga yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut sehingga membawa kemudaratan kepada anak-anak adalah berdosa.

"Keengganan mengambil langkah pencegahan sehingga boleh menyebabkan penularan wabak penyakit berbahaya dalam masyarakat juga merupakan satu lagi dosa," demikian menurut kenyataan itu.

Berita penuh: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/11/pengambilan-vaksin-wajib/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo