NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelumba Pecut Perlu Diwujud Hadapi Olimpik Tokyo




Langkah itu juga penting untuk menyediakan pelumba pelapis negara sebagai pesaing utama pingat di Tokyo dalam masa empat tahun lagi. 

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) perlu mewujudkan segera pasukan pecut kebangsaan sebagai strategi untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Menurut mantan Timbalan Presiden PKBM Datuk Naim Mohamad, langkah itu juga penting untuk menyediakan pelumba pelapis negara sebagai pesaing utama pingat di Tokyo dalam masa empat tahun lagi. 

"Saya melihat Mohd Azizulhasni Awang masih penting untuk kita di Tokyo...dia boleh menjadi tunjang kepada pasukan pecut kita dan dia perlukan dua lagi pelumba untuk membantunya. 

"Apabila sudah ada satu pasukan yang lengkap, mereka perlu menyertai siri kejohanan Piala Dunia Klasik untuk mendapat kelayakan ke Olimpik. 

"Selepas kita dapat meluluskan pasukan, secara automatik kita akan dapat pelumba yang layak ke acara pecut dan keirin. 

"Dulu kita hanya bergantung kepada Mohd Azizulhasni semata-matanya, tetapi kali ini saya pohon supaya ada pasukan pecut untuk layakkan kita ke Tokyo," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman laluan bagi cabaran 'OCBC Cycle KL' 2016 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Sementara itu, Naim juga yakin bahawa dua pelumba muda yang mampu memantapkan pasukan pecut itu bersama-sama Mohd Azizulhasni ialah Mohd Shah Firdaus Sahrom dan pemegang tiga pingat emas kejohanan Basikal Trek Asia, Mohd Firdaus Mohd Zonis, yang kini sedang berehat sementara. 

"Saya memang berharap Mohd Firdaus kembali menyarung jersi kebangsaan kerana saya sendiri pernah menyaksikan aksinya ketika meraih gangsa di Kejohanan Dunia Remaja di Korea Selatan dua tahun lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210242

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo