NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelukis Buta Baiti Razalli Cekal Mengharungi Kehidupan

mata kanan beliau disahkan buta tetapi yang menakjubkan, anak jati Terengganu ini mencari rezeki membantu suami beliau Azwari Yusof dengan melukis.



Oleh Murni Nasri

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Noor Baiti Razalli kelihatannya seperti wanita biasa-biasa yang berusaha membantu suami tersayang dalam membina kehidupan bersama.

Tiada apa yang istimewa pada mata khalayak. Walau bagaimanapun, dengan lontaran soalan-soalan yang tepat, timbullah satu kisah kecekalan seorang wanita dan isteri yang tabah dan tekad mengharungi ujian demi ujian yang dilemparkan di dalam kehidupan.

Pada tahun 2009, wanita yang berusia 34 tahun ini mengalami kekaburan pada mata sebelah kanannya dan hasil pemeriksaan doktor mendapati salur dalam matanya itu telah pecah.

"Pakar mata memaklumkan kepada saya yang mata saya tidak boleh dibedah memandangkan risiko luka yang tinggi dan ia juga tidak akan membawa apa-apa perubahan pun, kata Noor Baiti kepada BERNAMA PLUS di dalam satu temubual melalui emel baru-baru ini.

Namun berita itu langsung tidak mempengaruhi kehidupan beliau dan tidak mengubah apa-apa dan Noor Baiti tetap menganggap dirinya manusia normal yang masih mampu melakukan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan.

DISAHKAN SEBAGAI OKU

Noor Baiti pernah juga menjalani rawatan laser untuk merawati mata kanannya sebanyak lima kali di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Namun mata kanannya masih tidak menunjukkan kesembuhan dan rentetan daripada itu Noor Baiti kemudiannya disahkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kini mata kanan beliau disahkan buta tetapi yang menakjubkan, anak jati Terengganu ini mencari rezeki membantu suami beliau Azwari Yusof dengan melukis.

Menurut Noor Baiti, bakat melukis ini beliau sedari hanya kira-kira dua tahun yang lalu selepas setahun suami kesayangan diserang angin ahmar yang menjejaskan pendapatan pasangan ini sekaligus mengganggu-gugat kelangsungan hidup mereka.

"Selain suami, Kiki, iaitu kucing yang kami pelihara selepas suami diserang angin ahmar yang menjadi inspirasi kepada saya untuk melukis," kata beliau.

Berita penuh: http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1306713
© all rights reserved
made with by templateszoo