NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

OKU maut disambar petir bersama beruk peliharaan

maut disambar petir, ketika sedang memproses buah kelubi di hadapan rumahnya



GUA MUSANG - Seorang OKU, maut disambar petir, ketika sedang memproses buah kelubi di hadapan rumahnya di Tanah Putih, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.30 petang semalam, mangsa, Mohd Samsudin Muda, 52, bersama seorang anaknya yang juga OKU, membantu membuang kulit buah berkenaan di wakaf di hadapan rumahnya.

Lebih memilukan, beruk peliharaannya, yang banyak membantu dalam kerja-kerja memanjat pokok kelapa juga turut mengiringi pemergian arwah dalam kejadian tersebut.

Menurut isterinya, Norazila Mohd Nor, ketika kejadian, hujan turun dengan lebat sejak awal petang semalam disusuli dengan kilat sabung menyabung.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/oku-maut-disambar-petir-bersama-beruk-peliharaan-1.583978

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo