Header Ads

"Minyak Masak, Petrol Bukan Bawah Kementerian Saya" - Ahmad Maslan

Saya di MITI...


PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan menjelaskan bahawa beliau mengelak soalan-soalan yang diajukan oleh wartawan mengenai harga minyak masak dan harga petrol kerana isu tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjelaskan tentang tindakannya itu di Parlimen, Selasa, di media sosial.

"Saya tidak jawab bila media semalam tanya tentang harga minyak sebab semua orang tahu yang minyak masak bawah KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan petrol bawah MOF (Kementerian Kewangan).

"Saya di Miti...," katanya di Twitter, Rabu.

Sebuah video yang muncul di media sosial pada Selasa, menunjukkan Ahmad Maslan bersalaman dengan wartawan dan kakitangan di Parlimen tetapi mengabaikan soalan berhubung harga petrol dan harga minyak masak.

Tindakannya itu membawa kepada kritikan netizen.

Subsidi minyak masak yang diubah serta kenaikan harga petrol yang berkuat kuasa serentak mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia yang mengaitkannya dengan kos sara hidup yang meningkat.

Tags / Kata Kunci:
minyak masak , harga petrol , Miti , Datuk Ahmad Maslan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/02/minyak-masak-petrol-bukan-bawah-miti/