Header Ads

McDonald's Pertama Di Perak Akan Ditutup Selepas 30 Tahun Operasi

Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan hal tersebut tetapi kami tidak mengetahui punca penutupan restoran itu


IPOH: Restoran francais terkemuka McDonald's yang pertama dan tertua di Perak akan ditutup selepas 30 tahun beroperasi.

Mula dibuka sejak lewat 1980-an, restoran itu yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry akan ditutup sepenuhnya pada 30 November ini.

Semasa The Star melakukan tinjauan, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, semua staf sudah dimaklumkan tentang penutupan itu.

"Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan hal tersebut tetapi kami tidak mengetahui punca penutupan restoran itu."

“Kami hanya dimaklumkan bahawa semua staf akan dipindahkan ke cawangan lain” jelasnya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Low Yin Fong, 30, menyuarakan kesedihan apabila mendengar berita tersebut.

“Masa zaman sekolah dahulu, tempat ini merupakan salah satu tempat kegemaran untuk kami bertemu dengan rakan-rakan lain.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/01/mcdonald-ipoh-tutup/