Header Ads

'Mama terbang' sering amal ayat al-Quran

saya terlambung jatuh di atas bumbung teksi dalam keadaan mengiring sebelum saya bangun duduk di situ dan membuka topi keledar yang dipakai


KULIM - Penunggang motosikal yang menjadi bualan orang ramai selepas terduduk di atas bumbung teksi akibat kemalangan akan mendapatkan rawatan bagi kecederaan di tangan kanan.

Muriati Koromoh, 60 adalah seorang tukang urut atau lebih mesra dipanggil 'Mama' tinggal di Taman Tiram berkata ketika kejadian itu dia dalam perjalanan ke rumah adiknya di Bukit Mertajam untuk makan tengahari bersama pada hari kejadian.

"Hari itu adik ada telefon mengajak saya makan nasi di rumahnya, selepas solat Zohor saya bergegas ke sana menaiki motosikal.

"Setibanya di simpang empat Jalan Lunas-BKE saya meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat masih berwarna hijau,"katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Hospital Kulim.

Katanya, secara tiba-tiba sebuah teksi melintas laluannya dan disebabkan terlalu hampir dia tidak sempat menekan brek.

"Memang masa itu tengah lampu hijau saya bawa motor seperti biasa lah tapi secara tiba-tiba teksi tersebut melintas jalan itu, memang tak sempat nak brek.

"Motosikal terus berlanggar dengan teksi tersebut dan saya terlambung di atas bonet bahagian depan dan sempat melaungkan kalimah ALLAHUAKHBAR.

"Kali kedua saya terlambung jatuh di atas bumbung teksi dalam keadaan mengiring sebelum saya bangun duduk di situ dan membuka topi keledar yang dipakai,"katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/mama-terbang-sering-amal-ayat-al-quran-1.580446