NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia saran UK lantik mufti

Malaysia mencadangkan seorang mufti di peringkat nasional dilantik bagi membolehkan interaksi dalam kalangan pengikut pelbagai mazhab dilakukan. "Saya cadangkan perbezaan mazhab antara umat Islam di UK diperhalusi dan dicari persamaan demi manfaat bersama".
LONDON: United Kingdom (UK) berminat mendalami konsep wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi amalan umat Islam Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu adalah antara isu dibincangkan bersama Setiausaha Hal-Ehwal Dalam Negara UK, Amber Rudd, dalam pertemuan di sini, lewat petang semalam. 

Ahmad Zahid berkata, Malaysia mencadangkan seorang mufti di peringkat nasional dilantik bagi membolehkan interaksi dalam kalangan pengikut pelbagai mazhab dilakukan.

"Saya cadangkan perbezaan mazhab antara umat Islam di UK diperhalusi dan dicari persamaan demi manfaat bersama. 

"Keadaan akan menjadi lebih mudah jika kita mencari persamaan dan bukannya memberi tumpuan terhadap perbezaan. 

"Dalam konteks ini, mungkin pelantikan mufti di peringkat nasional boleh dilakukan supaya program kesederhanaan dapat dijalankan, selain menjadi platform pengikut mazhab berbeza mencari persamaan," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan malam bersama kira-kira 400 orang Diaspora Malaysia di Park City Grand Plaza di sini, malam tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210782

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo