NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MALAYSIA ANTARA NEGARA CATAT KEMATIAN KEMALANGAN JALAN RAYA TERTINGGI DUNIA

Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di dunia. Terdapat 2.55 kematian dicatatkan bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar. 
BATU PAHAT – Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di dunia tahun lepas.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, ini berikutan terdapat 2.55 kematian dicatatkan bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara ini sepanjang tempoh itu.
Beliau berkata, angka itu dianggap tinggi berbanding negara maju seperti United Kingdom, Sweden dan Australia yang hanya merekodkan kurang daripada dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara berkenaan.
“Justeru, kerajaan akan menjadikan indeks kematian di negara maju ini sebagai penanda aras kepada usaha Malaysia mengurangkan kematian di jalan raya.
“Tidak dinafikan peningkatan kematian turut disumbangkan oleh pertambahan pengguna jalan raya, tetapi apa yang pasti hampir keseluruhan punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu itu sendiri,” katanya. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo