NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KT dilanda banjir kilat


1. Hujan yang turun semalaman dan berhenti sekejap sebelum subuh dan turun kembali jam 8:00 am tadi dan sehingga sekarang masih turun.


2. Setakat jam 12:00 Tengahari ini beberapa batang jalan telah di naiki air seperti di jalan sultan Omar,  jalan kamarudin, jalan Ibrahim, Dataran budaya Pantai batu Burok.


3. Jalan sultan Omar telah ditutup kepada semua kenderaan oleh pihak mbkt.

4. Boleh dikatakan Setakat ini hanya jalan Raya di  kawasan  tengah bandaraya Kuala Terengganu sahaja yang dinaiki air.


5. Adapun di kampong kampong keadaan masih stabil namun berjaga jaga.

6. Sehingga laporan ini di buat hujan telah berhenti namun cuaca masih gelap.

Sekian sahaja.

Khidmat Kuala Terengganu
29 November 2016
12:10 tgh

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo