NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Komuter Stesen Bank Negara Terjejas Akibat Tren Kargo Tergelincir - KTM


sehingga pukul 7 malam ini, masih ramai penumpang terkandas di stesen itu berikutan hanya satu laluan digunakan untuk ke destinasi Sungai Gadut, Sungai Buloh, Tampin dan Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Perkhidmatan KTM Komuter bagi semua laluan dari Stesen KTM Bank Negara ke Kuala Lumpur Sentral mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir pukul 3 petang tadi.

Pengurus Besar Pemasaran KTM Intercity Y M Hamdan Husori ketika dihubungi Bernama berkata kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter berlaku kerana penutupan sementara laluan di sektor yang terjejas.

"Berlaku kelewatan kerana hanya satu daripada dua laluan sedia ada yang boleh digunakan. Perkhidmatan KTM Komuter dijangka pulih malam ini," katanya sambil menambah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Tinjauan Bernama di stesen KTM Bank Negara mendapati sehingga pukul 7 malam ini, masih ramai penumpang terkandas di stesen itu berikutan hanya satu laluan digunakan untuk ke destinasi Sungai Gadut, Sungai Buloh, Tampin dan Pelabuhan Klang.

Seorang penumpang Norfadilah Abdullah, 50, berkata beliau yang datang dari Lahad Datu, Sabah bersama suami dan tiga anak terpaksa menunggu lebih sejam untuk menaiki tren komuter untuk pulang ke hotel penginapan mereka di Serdang.

"Saya harap masalah ini tidak berulang kerana kami perlu menghadiri majlis konvokesyen pada awal pagi esok di Dewan MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang)," katanya ketika ditemui Bernama.

Difahamkan tren kargo yang terbabit dalam insiden itu sedang dalam perjalanan ke depot Kuala Lumpur Sentral bagi tujuan penyelenggaran.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.

Menurutnya sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1299873

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo