NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Kecam Larangan Laungan Azan Di Al-Quds

KUIS menegaskan bahawa azan adalah tanda penghambaan yang merupakan salah satu syiar agama Islam. Sekiranya cadangan penguatkuasaan larangan ini diluluskan, maka jelas ia adalah satu bentuk pencabulan terhadap kebebasan beragama, kesucian serta norma kemanusiaan; malah menyalahi undang-undang antarabangsa yang mengiktiraf tempat ibadat dan kebebasan beragama.
Di sebalik persaingan sengit dan berat sebelah serta tanpa menghiraukan perasaan umat Islam, niat jahat rejim Zionis semakin dizahirkan dengan menjadikan bumi Al-Aqsa, masjid-masjid serta syiar-syiar Islam sebagai sasaran mereka.
Dengan kelemahan dunia Islam dan perpecahan yang dialami, pihak berkuasa rejim Zionis telah mengeluarkan kenyataan menguatkuasakan larangan melaungkan azan menggunakan mikrofon di kawasan yang diduduki sejak tahun 1948 serta bumi terjajah Al-Quds.
Cadangan penguatkuasaan tersebut bakal dibentangkan di parlimen untuk dibahas serta diluluskan.
Hal ini tidak lain menunjukkan corak politik rejim Zionis yang memusuhi tempat-tempat suci serta syiar-syiar umat Islam.
Ekoran perkembangan ini, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dengan ini menegaskan beberapa perkara seperti berikut:
1. Pihak KUIS menegaskan bahawa azan adalah tanda penghambaan yang merupakan salah satu syiar agama Islam yang tidak boleh diketepikan.
2. Pihak KUIS juga menegaskan bahawa sekiranya cadangan penguatkuasaan larangan ini diluluskan, maka jelas ia adalah satu bentuk pencabulan terhadap kebebasan beragama, kesucian serta norma kemanusiaan; malah menyalahi undang-undang antarabangsa yang mengiktiraf tempat ibadat dan kebebasan beragama.
3. Pihak KUIS mengutuk semua bentuk jenayah dan sebarang tindakan rejim Zionis terhadap Al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang bertujuan memalsukan fakta sejarah serta melenyapkan mercu tanda identiti bangsa Arab dan umat Islam di bumi itu.
4. KUIS menyeru dunia Arab dan dunia Islam serta pertubuhannya terutamanya Liga Arab Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menunaikan tanggungjawab kepada agama dan ketamadunan dengan bertindak dan campur tangan bagi menghentikan sebarang bentuk pencerobohan masjid-masjid dan cubaan mencabuli kesucian tempat ibadat umat Islam itu. Malah, mempertahankan kehormatan manusia dan kebebasan beragama sudah menjadi tuntutan yang wajib syar’i.
5. Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menyeru masyarakat dunia serta para pemimpin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain agar sama-sama mengutuk tindakan berbaur rasisme dan permusuhan rejim Zionis ini serta bersatu mempertahankan hak rakyat Palestin mengamalkan agama mereka di bumi mereka sendiri dengan bebas dan merdeka.
Sesungguhnya, rejim Zionis telah melakukan jenayah yang melangar norma kemanusiaan serta warisan ketamadunan. Justeru, menjadi suatu kewajipan masyarakat dunia untuk mengecam mereka, mengutuk serta menghentikan perbuatan jahat mereka.
6. KUIS menegaskan bahawa apa yang berlaku di tanah-tanah suci umat Islam; terutamanya di bumi Al-Aqsa, Baitumaqdis dan Palestin, merupakan kesan perpecahan bangsa Arab dan umat Islam, serta keengganan bersatu dalam satu saff. Allah SWT berfirman:

ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ†َŲ§Ų²َŲ¹ُŁˆŲ§ ŁَŲŖَŁْŲ“َŁ„ُŁˆŲ§ ŁˆَŲŖَŲ°ْŁ‡َŲØَ Ų±ِŁŠŲ­ُŁƒُŁ…ْ ۖ ŁˆَŲ§ŲµْŲØِŲ±ُŁˆŲ§ ۚ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł…َŲ¹َ Ų§Ł„ŲµَّŲ§ŲØِŲ±ِŁŠŁ†َ

Maksudnya: ” dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Anfal: ayat 46)
Oleh itu, umat yang berpecah pasti menemui kegagalan serta tidak mampu mencapai matlamat mereka.
Sehubungan itu, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menyeru supaya perpaduan dan perdamaian dilakukan bersama, meredakan sebarang ketegangan, serta bersatu dengan kekuatan menghadapi perancangan jahat musuh. Firma Allah SWT:

ŁˆَŲ§Ų¹ْŲŖَŲµِŁ…ُŁˆŲ§ ŲØِŲ­َŲØْŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ًŲ§ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁَŲ±َّŁ‚ُŁˆŲ§

Maksudnya: ” Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Surah Ali Imran: ayat 103)
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
Sheikh Dr Ali Al-Qurrah Daghi
Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo