NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KEMENANGAN TRUMP CETUS KEBIMBANGAN ORANG ISLAM

Penduduk Islam di seluruh Asia sukar menerima keputusan bahawa Trump bakal mengetuai negara kuasa utama dunia itu berikutan beliau sebelum ini kerap mengecam agama Islam dalam kempennya.Dalam satu ucapannya, beliau mahu mengharamkan orang Islam daripada memasuki AS.
JAKARTA – “Saya sangat takut, adakah lebih ba­nyak perang akan berlaku? Adakah Amerika Syarikat (AS) akan kembali menyerang negara-negara Islam?” soal seorang aktivis Indonesia, Alijah Diete selepas Donald Trump membuat kejutan dengan memenangi pilihan raya Presiden semalam.
Penduduk Islam di seluruh Asia sukar menerima keputusan bahawa Trump bakal mengetuai negara kuasa utama dunia itu berikutan beliau sebelum ini kerap mengecam agama Islam dalam kempennya.
Trump membuat kenya­taan kontroversi tentang Islam pada Disember tahun lalu yang mencetuskan kemarahan keseluruhan 1.5 bilion umat Islam. Dalam satu ucapannya, beliau mahu mengharamkan orang Islam daripada memasuki AS susulan insiden tembakan di California.
“Saya sangat kecewa Trump menang kerana Hillary Clinton merupakan seorang wanita yang baik. Beliau baik kepada penduduk Pakistan dan Islam di seluruh dunia.
“Clinton sentiasa melaungkan keamanan dunia sebaliknya, Trump berulang kali bercakap mahu memerangi orang Islam,” kata seorang penduduk di Islamabad, Ishaq Khan, 32.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo