Header Ads

Kalah, Hillary Clinton Salahkan FBI

menimbulkan keraguan tidak berasas, dan tanpa bukti, memberhentikan momentum yang telah kami bina


WASHINGTON: Calon Demokrat, Hillary Clinton, menyalahkan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey atas kekalahannya pada pilihan raya presiden atas pembukaan semula siasatan terhadap kes penggunaan pelayar emel peribadi, pada Sabtu.

Media Amerika Syarikat (AS), Quartz dan CNN melaporkan, Clinton memberitahu pembiaya utama kempennya bahawa dua surat yang diberikan oleh Comey kepada Kongres, lebih cenderung terhadap calon Republikan, Donald Trump.

“Pilihan raya ini tidak berjaya atas pelbagai sebab.

“Menurut analisis kami, surat yang diberikan oleh Jim Comey itu menimbulkan keraguan tidak berasas, dan tanpa bukti, memberhentikan momentum yang telah kami bina," kata Clinton kepada jawatankuasa kewangannya.

Pada 28 Oktober lalu, dua minggu sebelum pilihan raya, tindakan Pengarah FBI membuka semula siasatan terhadap kes penggunaan pelayar emel peribadi sewaktu memegang jawatan Setiausaha Negara, mengejutkan semua pihak.

Baca selanjutnya, http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/11/13/hillary-clinton/