NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Husni Hanadzlah boleh disiasat bawah Akta Hasutan - Polis



Tindakan bekas menteri ini dengan 'mendedahkan' atau membuat cerita berkenaan salah laku Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Pihak polis mempunyai cukup alasan untuk menyiasat bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana menghasut berdasarkan kenyataan yang dibuat beliau ketika di Parlimen mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selain daripada melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972, kenyataan Ahmad Husni juga boleh diklasifikasikan di bawah Akta Hasutan kerana proses siasatan keatasnya masih belum selesai.

"Tindakan bekas menteri ini dengan 'mendedahkan' atau membuat cerita berkenaan salah laku Perdana Menteri adalah untuk menghasut orang bahawa Perdana Menteri telah melakukan kesalahan, walhal siasatan belum selesai," kata Khalid.

Baca selanjutnya di:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/husni-hanadzlah-boleh-disiasat-bawah-akta-hasutan-polis-121491

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo