Header Ads

Hormati hasrat orang Islam laksana hudud, kata ahli Parlimen PSM



“Berdasarkan prinsip, jika masyarakat Islam di Malaysia percaya dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah di negara ini merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang Islam, maka kaum lain tidak harus menghalang mereka berbuat demikian.

Oleh: Tarrence Tan
November 23, 2016
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Sungai Siput menggesa semua pihak menghormati hak setiap kaum di negara ini dalam membuat keputusan bagaimana untuk mengamalkan agama masing-masing.
Rakyat Malaysia perlu menghormati usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahli jika masyarakat Islam negara ini percaya ia sebahagian daripada tanggungjawab mereka, kata Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Jeyakumar mengingatkan ia menjadi hak setiap masyarakat di Malaysia untuk membuat keputusan mengenai bagaimana mahu mengamalkan agama mereka.
“Berdasarkan prinsip ini, jika masyarakat Islam di Malaysia percaya dengan memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah di negara ini merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang Islam, maka kaum lain tidak harus menghalang mereka berbuat demikian.
“Bagaimanapun golongan bukan Islam di negara ini perlu diberi taklimat mengenai RUU itu bagi memastikan hak mereka tidak dilanggar.”