NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Hanya kami boleh tunda'


Kuala Lumpur: Hanya polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai kuasa menunda dan mengalih kenderaan awam di kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kompaun yang dikeluarkan pengendali trak tunda adalah tidak sah.
“Kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam seperti dalam Seksyen 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah di bawah bidang kuasa polis, Datuk Bandar dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Pihak lain (melainkan di jalan atau bangunan milik persendirian) tidak boleh menjalankan apa-apa bentuk penundaan dan pengalihan sebarang kenderaan di jalan raya awam," katanya di sini, hari ini.
Sabtu lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana didakwa menunda kenderaan tanpa kuasa di jalan awam selain meminta bayaran RM150 untuk melepaskan kenderaan yang dikunci tayar berhampiran Hospital Kuala Lumpur di sini.
Menurutnya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan kerana peras ugut.-Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo