NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gempa bumi lemah di Ranau

Gegaran berkenaan turut dirasai di sekitar Ranau dan Kundasang



Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Sabah merekodkan gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di kedalaman 5.5 kilometer (km) di daerah Ranau hari ini.

Pengarah Meteorologi Sabah, Azemi Daud berkata, gempa bumi itu berlaku pada 6.42 petang.

"Meteorologi merekodkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 di kedalaman 5.5 km di daerah Ranau hari ini.


"Gegaran berkenaan turut dirasai di sekitar Ranau dan Kundasang," katanya ketika dihubungi, hari ini

Beliau berkata, sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh didapati laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia untuk perkembangan terkini.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/185563

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo