NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gangguan Telekomunikasi Sementara Sehingga Jun 2017


Pengguna mungkin akan mengalami gangguan sementara terutama bagi pengguna 2G yang mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan seperti panggilan terputus dan kelewatan menerima teks mesej (SMS) dalam tempoh masa berkenaan


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama)-- Pengguna kemungkinan mengalami gangguan telekomunikasi sementara berikutan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan penyedia perkhidmatan bermula September lepas sehingga Jun 2017.

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), dalam kenyataan hari ini, berkata kerja-kerja penentukuran semula itu berikutan pelaksanaan pengagihan semula spektrum seperti yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Pengguna mungkin akan mengalami gangguan sementara terutama bagi pengguna 2G yang mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan seperti panggilan terputus dan kelewatan menerima teks mesej (SMS) dalam tempoh masa berkenaan," kata CFM.

Menurut kenyataan itu, bagi mengurangkan kesan pelaksanaan proses pemindahan spektrum itu kepada orang awam, proses penyusunan semula telah dijadualkan dari 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Pengguna yang mengalami gangguan perkhidmatan berpanjangan diminta menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing di talian 1-800-82-112 atau 123 bagi pengguna Maxis, 016-221 1800 (Digi), 019-601 1111 atau 1111 (Celcom) dan 1 800 188 030 (MCMC).

-- BERNAMA                        

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo