NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

EPL: Arsenal 1 Tottenham 1

Harry Kane menandakan kehadirannya kembali selepas kecederaan dengan gol penyamaan Tottenham Hotspur yang seri 1-1 di Arsenal dan mengelakkan seteru utama mereka itu berada di persada Liga Perdana.
LONDON: Harry Kane menandakan kehadirannya kembali selepas kecederaan dengan gol penyamaan Tottenham Hotspur yang seri 1-1 di Arsenal sebentar tadi dan mengelakkan seteru utama mereka itu berada di persada Liga Perdana. 

Arsenal mendahului pada lewat babak pertama hasil jaringan sendiri Kevin Wimmer, namun Kane menyamakan kedudukan menerusi penalti pada awal babak kedua selepas kekasaran terhadap Mousa Dembele oleh Laurent Koscielny. 

Keputusan itu menghalang Arsenal daripada mengatasi Chelsea selaku pendahulu dan membuka jurang enam mata mengatasi Spurs, yang kekal di tangga kelima, tiga mata di bawah skuad Arsene Wenger dan empat mata daripada pasukan tangga pertama. 

Wenger kini berdepan lima perlawanan liga tanpa menewaskan Spurs buat pertama kali, manakala Mauricio Pochettino menjadi pengurus Tottenham pertama berjaya mengelak kekalahan dalam lima perlawanan utama tetangga utara London itu. 

Walaupun ketika ini Spurs mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan, mereka berjaya mengelak kekalahan dalam 11 perlawanan pembukaan liga untuk kali ketiga dalam sejarah kelab berkenaan. 

Spurs menyambut kehadiran semula tonggak, Kane selepas diketepikan selama tujuh minggu kerana kecederaan ligamen pergelangan kaki, namun kehilangan Dele Alli kerana kecederaan lutut yang akan menyebabkan dia tidak dapat beraksi buat England ketika perlawanan antarabangsa. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/209919

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo