NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Pulau Pinang lulus RUU penternakan babi



RUU pertenakan babi diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi. 

GEORGETOWN - Persidangan Dun Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi 2016.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.
"Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," katanya pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini.
Beliau berkata, kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar, turut menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.
Sidang Dun yang berlangsung sejak 15 November lepas, kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sepanjang persidangan tujuh hari itu, 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis dikemukakan, manakala dua rang undang-undang serta dua usul tergempar diluluskan.
 - Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo