NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CLINTON DIRAMAL MENANG

Calon Parti Demokrat, Hillary Clinton dijangka memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kali ini, demikian menurut ramalan akhbar Washington Post yang dibuat berdasarkan rumusan keputusan tinjauan pendapat menjelang hari mengundi kelmarin
WASHINGTON – Calon Parti Demokrat, Hillary Clinton dijangka memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kali ini, demikian menurut ramalan akhbar Washington Post yang dibuat berdasarkan rumusan keputusan tinjauan pendapat menjelang hari mengundi kelmarin.
Akhbar berkenaan me–laporkan bahawa Clinton, 69, akan memenangi 275 undi elektoral, melebihi lima daripada jumlah minimum 270 yang diperlukan untuk menduduki kerusi White House.
Menurut Washington Post, walaupun pencabar beliau daripada Parti Republikan, Donald Trump, 70, menang di semua negeri utama di samping memenangi tiga negeri atas pagar, beliau hanya memperoleh 263 undi elektoral, kurang tujuh undi untuk melayakkannya menjadi Presiden AS.
Perubahan besar menjelang hari mengundi melibatkan North Carolina apabila negeri itu berubah daripada condong kepada Parti Demokrat kepada atas pagar. Daripada sembilan tinjauan pendapat terbaharu, empat menunjukkan Clinton mendahului di ne–geri tersebut.
Tiga lagi berpihak kepada Trump dan baki dua berkeputusan seri. Berdasarkan rumusan tinjauan pendapat RealClearPolitics, taikun hartanah itu mendahului di North Carolina dengan kelebihan 1.4 peratus.
Sementara itu, rakyat AS keluar mengundi semalam untuk memilih sama ada Clinton atau Trump sebagai Presiden mereka.
Penduduk di sembilan buah negeri di Pantai Timur AS menjadi antara pengundi pertama dalam pilihan raya kali ini yang dinantikan dengan penuh debaran oleh masyarakat di seluruh dunia.
Kira-kira 40 juta rakyat AS telah pun membuang undi di negeri-negeri yang membenarkan pengundian awal, manakala keputusan sebilangan tinjauan pendapat menunjukkan Clinton mendahului Trump.
Tiada keputusan akan diumumkan sebelum pusat-pusat mengundi di Pantai Timur AS ditutup mulai dari pukul 7 petang (waktu tempatan), manakala masa tiga jam atau lebih lama diperlukan sebelum hala tuju pilihan raya itu diketahui.
Selain Presiden, rakyat AS juga mengundi calon-calon untuk 34 kerusi Senat dan keseluruhan 435 anggota Dewan Perwakilan. Dewan Senat AS memiliki 100 kerusi.
Dalam perkembangan berkaitan, Clinton membuang undi dekat kediamannya di negeri New York semalam.
“Saya sungguh gembira, saya amat gembira,” kata Clinton ketika muncul dari pusat pembuangan undi di hadapan sekitar 150 penyokongnya. – Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4PSzic4Ol 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo