NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CEMERLANG DALAM AKADEMIK SATU JIHAD

Jihad yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar ialah fokus terhadap pelajaran. Sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi, agenda utama mereka memasuki universiti ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik.
PERKATAAN jihad sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat di negara ini, khususnya golongan pelajar sama ada yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
Namun, terma jihad yang sering dipaparkan kepada masyarakat umum dan pelajar di negara ini lebih menjurus kepada perjuangan yang melibatkan peperangan dan kematian. Pengorbanan pejuang-pejuang di beberapa buah negara seperti Palestin, Syria, Iraq dan Afghanistan sering dijadikan contoh jihad kepada masyarakat di negara ini.
Hakikatnya, pengertian konsep jihad amat luas dan subjektif.
Secara umum, jihad membawa maksud suatu usaha dan perjuangan bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara, bangsa dan agama. Mereka yang sanggup melaksanakan kaedah ini dalam diri masing-masing merupakan satu jihad.
Sebagai seorang pelajar di universiti, mereka juga perlu berjihad. Jihad pelajar di universiti ialah memastikan mereka berjaya mencapai kecemerlangan akademik masing-masing.
Bagi memastikan matlamat ini tercapai, setiap pelajar perlu bersedia untuk melaksanakan jihad kepada empat perkara berikut.
1 Fokus kepada pelajaran
Jihad pertama yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar ialah fokus terhadap pelajaran. Sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi, agenda utama mereka memasuki universiti ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Bagi membolehkan matlamat tersebut tercapai dengan jayanya, penumpuan dan fokus kepada pembelajaran perlulah dilaksanakan dengan semaksimum mungkin. Sebahagian masa yang ada perlulah digunakan untuk tujuan pembelajaran. Pelajar dinasihatkan agar tidak terleka dengan perkara lain yang boleh menjejaskan kecemerlangan akademik.
Sekiranya setiap pelajar mampu menumpukan perhatian terhadap pelajaran sepanjang pengajian di universiti, pastinya kecemerlangan akademik akan menjadi milik mereka.
2Berbincang dengan pensyarah
Jihad kedua yang perlu dilaksanakan oleh pelajar ialah berbincang dengan pensyarah. Di universiti, pensyarah memainkan peranan penting untuk kecemerlangan akademik pelajar. Pelajar seharusnya mengetahui bahawa setiap pensyarah di universiti bertanggungjawab memberi kuliah, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan serta memberi markah dan gred kepada pelajarnya.
Justeru, pelajar seharusnya mengambil peluang untuk berbincang dengan pensyarah masing-masing agar mereka memahami dengan lebih mendalam setiap subjek yang diajar oleh pensyarah berkenaan.
Pastinya di dalam perbincangan tersebut, pensyarah yang terlibat akan menghuraikan elemen penting di dalam subjek ataupun topik yang dibincangkan.








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo