NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon SPM Ditahan Kerana Dadah

Pelajar itu ditahan ketika sedang asyik membungkus pelbagai jenis dadah. Hasil pemeriksaan Polis menemui 130 biji pil kuda dan beberapa peket dadah dianggarkan berjumlah RM23,450
BESUT: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menyelesaikan peperiksaan SPM di dalam lokap bila dia dikenakan tahanan reman tujuh hari kerana terlibat dalam kes dadah.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata pelajar itu ditahan di Jerteh Rabu lepas ketika sedang asyik membungkus pelbagai jenis dadah, dianggarkan berjumlah RM23,450 di sebuah rumah tidak bernombor.

Mohd Zamri berkata pelajar itu ditahan di sebuah rumah tanpa nombor kira-kira jam 7.15 petang ketika berseorangan dalam sebuah bilik.

Suspek terkejut apabila melihat kehadiran polis dan dilihat telah mencampakkan sebuah bungkusan melalui jendela sebelum ditahan, kata Mohd Zamri dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini, Ahad.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap bungkusan yang dibuang itu polis menemui 130 biji pil kuda dan beberapa peket dadah lagi dalam sebuah mesin kelapa.

Pelajar berkenaan direman mulai tarikh ia ditahan.

Dalam pada itu, empat suspek lagi ditahan di pelbagai tempat termasuk di dalam sebuah kereta dan di rumah, pada 16, 17 dan 18 November.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2016/11/20/calon-spm-ditahan-di-jertih-kerana-dadah/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo