NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas atlet silat Pahang maut kemalangan

0

"Perodua Myvi itu dipandu dengan laju dalam keadaan hujan lebat menyebabkan gagal dikawal apabila melalui selekoh"

KUANTAN: Bekas pesilat Pahang, Ahmad Shahriduan Zailudin maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas ke dalam gaung di Kilometer 116 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata pada kejadian 4.20 petang itu, Ahmad Shahriduan, 29, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan itu turut menyebabkan isterinya Sharifah Khyaillahasma Syed Ahmad, 31, cedera ringan.
"Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Perodua Myvi itu dipandu dengan laju dalam keadaan hujan lebat menyebabkan gagal dikawal apabila melalui selekoh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo