NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekalan minyak masak 
botol tiada di pasaran

Sejak tiga hari lalu saya terpaksa membeli minyak peket kerana bekalan minyak botol tiada di pasaran


KUALA LUMPUR 1 Nov. - Pengguna masih mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan minyak masak dalam botol walaupun harga baharu bahan itu mula berkuat kuasa hari ini setelah kerajaan melakukan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) mengikut harga pasaran.

Tinjauan Utusan Malaysia men­dapati pengguna melahirkan kerisauan apabila mereka sukar untuk mendapatkan bekalan minyak masak dalam botol dan terpaksa pergi ke beberapa kedai untuk membeli minyak masak peket.

Seorang pelanggan, Rohani Tugirin, 58, berkata, dia sering menggunakan minyak masak botol dan terpaksa akur apabila kerajaan menarik subsidi minyak tersebut namun bersyukur apabila subsidi minyak masak peket dikekalkan.

“Minyak masak merupakan keperluan utama, sebagai pengguna saya terpaksa akur dengan penarikan subsidi. Saya suka menggunakan minyak bo­tol berbanding minyak yang dipeketkan kerana yakin kualiti minyak botol lebih baik.

“Sejak tiga hari lalu saya terpaksa membeli minyak peket kerana bekalan minyak botol tiada di pasaran. Saya telah pergi ke beberapa kedai untuk mendapatkan minyak masak botol namun peniaga membe­ritahu mereka tidak mendapat bekalan sejak minggu lalu,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bekalan-minyak-masak-8232-botol-tiada-di-pasaran-1.402533

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo