NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ancaman Serangan, Donald Trump Diheret Keluar

Gara-gara jeritan ‘gun’ yang dipercayai disebut salah seorang penonton yang hadir sehingga menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut dan memaksa Trump dibawa keluar dari dewan
NEVADA: Calon presiden Republikan Donald Trump dipaksa turun daripada pentas selepas berlaku kekecohan ketika mengadakan rapat umum di Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Trump ditarik turun oleh dua orang ejen keselamatan, sementara beberapa ejen yang lain menahan seorang lelaki yang berada di hadapan pentas.

Tidak lama kemudian Trump yang kelihatan tenang, kembali ke pentas dan meneruskan ucapan kempen beliau.

"Tiada siapa yang kata ia akan menjadi mudah bagi kami. Tetapi kita tidak akan berhenti," katanya di hadapan penyokong di pusat konvension Reno-Spark pada Ahad.

Insiden berlaku selepas seorang lelaki tidak dikenali menjerit perkataan "gun" (senjata api) ketika berada di hadapan pentas ucapan.

"Perkhidmatan Rahsia AS dan anggota polis Reno kemudiannya menahan suspek. Selepas melakukan pemeriksaan terhadap subjek dan keadaan sekitar tiada senjata ditemui.

Selanjutnya di: http://www.astroawani.com/berita-dunia/donald-trump-dipaksa-turun-pentas-121677

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo