NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI SELATAN, PANTAI TIMUR

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan di selatan dan Pantai Timur Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak, menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil.
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan hingga lewat pagi ini di beberapa kawasan di selatan dan Pantai Timur di Semenanjung, selain Sabah dan Sarawak.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikemaskini pada jam 6 pagi tadi, berkata kawasan di Semenanjung yang terbabit adalah Mersing di Johor; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan dan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu serta Dungun di Terengganu.
Sabah membabitkan Sandakan iaitu di Beluran, Kinabatangan dan Sandakan manakala di Sarawak, Bintulu dan Mukah (Daerah Mukah dan Dalat).
Sementara itu, ribut petir di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman dan Sandakan) juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.
Keadaan itu katanya, boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil.
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 magnitud turut dilaporkan berlaku pada jam 12.56 tengah malam tadi di Laut Banda yang terletak 401 kilometer (km) dari Tenggara Ambon di Indonesia dan 1,802km dari kawasan Tenggara Semporna, Sabah.
Bagaimanapun, kejadian tidak menyebabkan ancaman tsunami.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo