NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akal Dunia

demi memiliki segala impian 


Akal Dunia

Kewarasan rapuh dihimpit haloba
segala keinginan dijadikan tunggangan
demi memiliki segala impian
biar bermandi darah saudara seakidah
tiada sekelumit resah dan gundah
sebaliknya tersenyum puas.

Cinta dunia membutakan mata
batasan ihsan kemanusiaan dipijak bongkak
seakan dunia kekal bertakhta
tiada noktah usia .

Anak kecil kehilangan kasih bapa
isteri roboh tempat berteduh
tembakan liar terus angkuh
akal dunia rapuh dimamah bisikan musuh
tidak bisa dicari penawar untuk sembuh .

Tangisan hiba meratap kehilangan
di kala jasad menjadi buruan
dengki dan dendam berbisa
sangka mereka kekerasan jalan pintas
untuk segalanya terbalas
tetapi lupa kuasa pencipta
tidak terbatas .

Sedarlah manusia
kehilangan nyawa terasa sakit
sukar untuk cuba bangkit
sandaran Maha Esa mengurniakan hikmah
menerima ketentuan dengan redah dan pasrah

Walid Ameerul Haq

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo