NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

5 SARAPAN PAGI PILIHAN REMAJA UNTUK KEKAL ‘BAJET’

Roti canai, telur separuh masak, nasi lemak, roti bakar dan kuih muih antara lima makanan yang popular pilihan remaja
Terdapat pelbagai jenis makanan sarapan yang ditawarkan pada ketika ini dan makanan apakah pilihan remaja sebagai ‘bajet’ untuk mereka kekal sihat dan kenyang? Kali ini, admin sertakan lima pilihan makanan yang popular dan sering menjadi pilihan remaja sekarang.
Roti Canai
Roti canai amat popular di kalangan masyarakat kita dan ia merupakan salah satu simbolik pada budaya kita. Kini, ia merupakan salah satu makanan ‘bajet’ yang sering di pilih oleh remaja sekarang. Satu keping roti canai mengandungi sebanyak 301 kalori. Ia cukup untuk mengalas perut sebelum masuk waktu makan tengah hari.
Lagi pun, roti canai antara makanan ‘bajet’ remaja sekarang kerana harganya hanya boleh cecah RM1-RM1.50 (bergantung kawasan diduduki). Orang tua cakap, kalau nak tahu nikmat roti canai ini kena ikut peredaran masa kerana semakin maju negara semakin kecik saiz roti dan mahal harganya!
Telur Separuh Masak
Makanan ini merupakan makanan pilihan bagi remaja yang mengamal cara pemakanan sihat. Telur sudah sememangnya kaya dengan omega 3 dan ia amat bagus untuk tubuh badan kita. Telur masak juga merupakan makanan ‘bajet’ remaja kini terutama untuk memiliki badan sasa. Selalunya, telur ini di makan bersama kicap masin dan lada sulah. Sedap!
Nasi Lemak
Tahukah kamu, bahawa nasi lemak merupakan makanan paling sihat di dunia dan ia telah diiktiraf oleh majalah TIME. Keenakan nasi lemak dengan aroma santan dan daun pandan yang semakin digemari ramai, termasuk pelancong luar negara itu digambarkan sebagai hidangan paling laris ketika sarapan.
Santan merupakan bahan utama yang digunakan di dalam nasi lemak. Tiada santan, takkan jadi nasi lemak yang enak! Oleh itu, AirAsia turut menawarkan ‘Kombo SANTAN’ yang mengandungi 15 pilihan makanan dan kamu boleh membuat pra-tempah sebelum pesawat berlepas!
Untuk maklumat lanjut layari http://bit.ly/TLSH16 #AirAsiaFREESEATS. Peluang masih terbuka kepada kamu sementara tiket promosi penerbangan masih ada! Jangan lepaskan peluang ini.
Roti Bakar
Selain daripada nasi, roti juga merupakan menu pilihan remaja ketika bersarapan. Roti bakar ini selalunya dibakar dahulu dan di sapu dengan mentega serta kaya. Ia turut menjadi makanan popular di negara lain termasuk negara barat.
Pilihan Kuih Muih
Di negara kita terdapat lebih daripada 30 jenis kuih yang sentiasa menjadi kegemaran nitizen. Antara kuih yang sering menjadi pilihan remaja sekarang ialah donut dan karipap! Kuih ini menjadi pilihan bajet kerana ia boleh di dapati dengan harga serendah 40 sen sebiji bergantung kepada jenis kuih yang dipilih. Kuih juga sudah memadai untuk kamu kekal kenyang sementara menunggu waktu rehat tengah hari.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo