NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 DAERAH DI PERAK DILANDA BANJIR

Tiga daerah di Perak dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar menyebabkan 220 orang daripada 74 keluarga terjejas. Daerah yang terjejas adalah Larut Matang Selama (LMS), Manjung dan Kuala Kangsar.
Ipoh: Tiga daerah di Perak dilanda banjir berikutan fenomena air pasang besar iaitu daerah Larut Matang Selama (LMS), Manjung dan Kuala Kangsar membabitkan 220 orang daripada 74 keluarga.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Banjir Negeri Perak berkata, sehingga jan 12 tengah malam ini, tiga pusat pemindahan dibuka membabitkan dua di LMS dan satu di Manjung.
Katanya, LMS mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 100 orang dari 37 keluarga yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Simpang Halt dan Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang Jaya sejak 7 malam tadi.
Menurutnya, antara kawasan terjejas di daerah berkenaan ialah Kampung Jelapang Jaya , Mukim Assam Kumbang dan Kampung Simpang Halt.
"Daerah Manjung pula, 11 kawasan terjejas membabitkan Kampung Pulau Meranti, Kampung Paya Ara dan Kampung Masjid Lama membabitkan 89 mangsa dari 27 keluarga dipindahkan di Dewan Inderawati Beruas.
"Manakala di daerah Kuala Kangsar, seramai 33 mangsa dari 10 keluarga di Mukim Manong, Kampung Lempor Hilir turut terjejas namun tiada pusat pemindahan dibuka," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo