NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 TREND PENGGUNAAN APLIKASI MUDAH ALIH DI MALAYSIA

Secara purata pemilik telefon pintar di Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya tujuh aplikasi sehari. Ia memberi gambaran Malaysia merupakan antara penggunakan aplikasi paling aktif di Asia
KUALA LUMPUR: Hasil kaji selidik Google dan TNS ‘Tinjauan Pemasaran Aplikasi Mudah Alih di Asia’ menunjukkan, secara purata pemilik telefon pintar di Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya tujuh aplikasi sehari.
Ia memberi gambaran Malaysia merupakan antara penggunakan aplikasi paling aktif di Asia.
Berdasarkan kajian yang dibentangkan Ketua Kepintaran Perniagaan Google Malaysia HC Lim,  berikut adalah 10 trend penggunaan aplikasi mudah alih yang perlu diketahui:
1) Secara purata, 34 aplikasi mudah alih dipasangdalam sebuah telefon pintar bagi seorang pengguna di Malaysia.
2) Pengguna tempatan lebih selesa menggunakan pelayar web (mobile web) berbanding aplikasi mudah alih.
Kebanyakan pengguna di negara Asia lebih suka membuka aplikasi mudah alih.
Namun di Malaysia, pengguna lebih selesa menggunakan pelayar web berikutan penyambungan data yang baik.
Menerusi hasil kajian ini, Google menggalakkan pembangun untuk menjadikan pengalaman pengguna merentasi pelayar web dan aplikasi mereka supaya lebih mesra dan lancar.
Google turut mencadangkan teknologi terkini seperti Instant App, Universal Link, App Links dan Accelerated Mobile Pages.  
3. Mencari aplikasi baharu di App Store, Play Store
Pengguna tempatan menemui aplikasi baru daripada carian di kedai aplikasi (contoh seperti App Store atau Play Store) berbanding melalui perkongsian rakan-rakan dan keluarga atau apa yang dipaparkan di bahagian utama kedai aplikasi.
Cadangan Google: Cari ‘App Ads’ di Google.com atau di kedai aplikasi bagi manfaatkan apa yang dicari oleh pengguna untuk memaparkan iklan yang sewajarkanya.
Pengguna juga boleh menggunakan ‘Firebase’ bagi menganalisis kelebihan dan kekurangan aplikasi mereka.
Analisis aplikasi melalui kemudahan “Firebase Analytics”
4. Aplikasi permainan adalah paling banyak dimuat turun dan paling tinggi dinyah-pasang
Menurut Google, pemain lebih suka mencuba permainan baru pada setiap bulan. Pastikan kempen muat turun aplikasi permainan anda pada tahap yang maksima, untuk mencapai jumlah pengguna yang lebih ramai.
Google turut mencadangkan pembangun menjadikan kandungan aplikasi sentiasa menarik. Contohnya, Pokemon GO! melancarkan edisi Halloween baru-baru ini, dan menjadikan pengguna teruja mengenai kemaskini tersebut dan menarik semula pengguna untuk menggunakan aplikasi mereka.
5. Membaca ulasan sebelum memasang aplikasi
Pengguna di Malaysia memilih untuk membaca ulasan pengguna lain sebelum membuat keputusan untuk memasang aplikasi selain menimbangkan juga penarafan dan saiz aplikasi tersebut.
Cadangan Google: Ikuti panduan aplikasi bagi memberi maklum balas kepada pengguna mengenai aplikasi anda. Bina aplikasi yang lebih kecil saiznya.
6. Pemain kini lebih selesa membeli barangan dalam-aplikasi
Pemain di Malaysia lebih banyak menghabiskan duit dengan membeli kredit tambahan, duit maya, serta “nyawa” dalam aplikasi permainan.
Cadangan Google: Gunakan kemudahan Firebase Analytics bagi memahami transaksi belian dalam aplikasi dan gunakan input tersebut bagi memperbaiki kempen pemasaran anda.
7. Membuang aplikasi yang tidak lagi relevan
Rakyat Malaysia akan membuang aplikasi yang mereka tidak lagi rasa relevan atau tidak lagi dirasakan berguna berbanding faktor kapasiti memori aplikasi digunakan dan faktor perbandingan dengan aplikasi lain. Cadangan Google: Gunakan kemudahan Firebase Analytics Audiences pagi peranti Android bagi mengenal pasti ‘pembuangan’ aplikasi.
8. Tidak gemar bayar kandungan digital
Rakyat Malaysia lebih gemar mendapatkan kandungan digital percuma.
9. Beli produk melalui aplikasi
Hampir 75 peratus pengguna di Asia selesa untuk membeli produk atau perkhidmatan (tiket kapal terbang, kasut) melalui aplikasi.
10. Tutup notifikasi aplikasi
Pengguna di Malaysia menutup kemudahan notifikasi bagi 38 peratus aplikasi mereka.
Kaji selidik ini meliputi 10,123 responden daripada10 negara Asia, termasuk China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo