NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syarikat Senarai Awam Taja Gerakan Guling Kerajaan

Beberapa syarikat senarai awam antara syarikat yang dikenal pasti terlibat menaja gerakan mengguling kerajaan
Syarikat Senarai Awam Antara Terlibat Taja Gerakan Guling Kerajaan - Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Beberapa syarikat senarai awam antara syarikat yang dikenal pasti terlibat menaja gerakan mengguling kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau menyifatkan syarikat berkenaan sebagai hipokrit kerana pada masa sama menagih kontrak kerajaan.

"Ada antara syarikat terlibat adalah syarikat senarai awam. Tak salah hendak taja siapa sahaja tetapi jangan rayu atau minta kontrak dengan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah LIFE@WORK anjuran Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) di sini hari ini.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo