NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

#Bajet2017: PAS Pilih Hujah, Debat Bukannya Keluar Dewan

jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian


Ketika sebahagian besar pembangkang mengambil langkah meninggalkan Dewan Rakyat ketika Datuk Seri Najib membentangkan belanjawan, PAS kekal di tempat masing-masing.

Alasan parti itu, walaupun bukan semua kandungan Bajet 2017 dipersetujui PAS ada cara untuk mereka menyatakan pandangan mengenainya.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata parti itu memilih kaedah mengemukakan pandangan dan hujah bantah secara ilmiah dalam perbahasan.

Katanya pada pandangan PAS juga ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam Bajet 2017.

Jika ada sesuatu yang tidak dipersetujui kata Nasrudin wakil rakyat mereka boleh mengundi untuk menolaknya pada sesi pengundian nanti.

“Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian,” kata Nasruddin melalui kenyataan kepada media.

Anggota parlimen Temerloh itu berkata demikian selepas wakil dari PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) meninggalkan dewan sebentar tadi.

Sebelum itu mereka beramai-ramai mengangkat plakad bertulis #SiapaMO1’ di dalam dewan.

Antara yang meninggalkan Dewan Rakyat ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo