NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bajet 2017: Tol Naik?


Ketiadaan peruntukan untuk pampasan konsesi tol dalam Bajet 2017 menunjukkan kemungkinan kenaikan tol pada tahun hadapan.

Pas dakwa tol mungkin naik tahun depan

SHAH ALAM – Ketiadaan peruntukan untuk pampasan konsesi tol dalam Bajet 2017 menunjukkan kemungkinan kenaikan tol pada tahun hadapan.

Pengarah Strategi Pemuda Pas, Syahir Sulaiman berkata, langkah berjimat kerajaan ini dibuat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.

(Baca kenyataan penuh di sini)

“Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun, bajet akan dibentangkan oleh kerajaan untuk disajikan kepada rakyat.

“Namun, antara perkara yang cuba didiamkan oleh kerajaan adalah beberapa pemotongan dan pengurangan di dalam Bajet 2017,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, Bajet 2017 juga tidak memperlihatkan mekanisme baru diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap integriti, menghentikan ketirisan dan langkah penjimatan.

Di samping itu, katanya, langkah penghapusan subsidi minyak masak dan keperluan asas lain boleh membawa kemungkinan kenaikan harga makanan di pasaran.

“Selain itu, bajet untuk universiti awam turut dikurangkan ke paras terendah sejak 2011 iaitu sebanyak RM6.2 bilion (kurang 20 peratus), manakala beberapa agensi kerajaan yang penting turut menyaksikan pengurangan bajet.

Katanya lagi, kerajaan perlu tahu kejayaan bajet yang sebenar hanya boleh diukur dengan memastikan semua pihak iaitu rakyat, peniaga, dan kerajaan berada di dalam keadaan yang selesa.

“Sesebuah bajet tidak mencapai matlamat jika hanya pihak kerajaan (dan pemimpin) sahaja yang selesa, sedangkan rakyat masih menanggung beban yang belum selesai, atau mendatangkan masalah baru yang bakal ditanggung seperti, pengangguran, muflis dan kemiskinan, seterusnya menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah yang kian meningkat,” katanya lagi.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pas-dakwa-tol-mungkin-naik-tahun-depan-1.577107

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo