NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bajet 2017 - Pandai Rancang Tapi Kurang Berjaya Laksanakan?

Apa sebenarnya masalah kita? Kita pandai merancang tetapi kurang berjaya melaksanakannya. Kenapa?

Oleh: Dr. Mohamed Awang Lah

Bajet 2017 - TN50
1. Bajet 2017 memperkenalkan pelan Transformasi National 2050 - Satu rancangan 30 tahun sebagai susulan kepada Dasar Ekonomi Baharu (DEB, 1970), Dasar Pembangunan Nasional (DPN, 1990) dan Wawasan 2020. Kandungannya belum jelas dan saya percaya banyak perbincangan akan dijalankan untuk merumuskannya secara yang lebih terperinci.

2. Namun, kita sebenarnya sudah ada banyak rancangan yang lalu. Tetapi kejayaannya kurang jelas. Adakah kita berjaya dengan matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan di mana kaum bumiputra sepatutnya menguruskan dan memiliki 30% kegiatan ekonomi negara? Mungkinkah kita capai wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 4 tahun lagi?

3. Semasa melancarkan MSC, kita ada 7 projek ‘Flagship’ yang merangkumi “E-goverment, MyKad, Smart School, Telehealth. R&D cluster, E-business and Technopreneur”. Sudah 20 tahun. Di mana Smart School dan Telehealth? MyKad sepatutnya menjadi satu kad pelbagai guna, tetapi sudahkan ia berkesan?

4. Bersama MSC kerajaan juga melancarkan "Bills of Guarantee", yang antaranya merangkumi tiga jaminan:
(1) To provide a world-class physical and information infrastructure world-class physical and information infrastructure
(7) To ensure no censorship of the Internet.
(8) To provide globally competitive telecommunications tariffs.
Di mana kita sekarang dalam ketiga-tiga jaminan di atas?

5. Kita juga ada “The National Broadband Implementation Strategy or better known as National Broadband Initiative (NBI) puts in place a national strategy that will bring broadband to the whole nation. In 2007 the Government of Malaysia set its target to achieve 50% household broadband penetration by the end of 2010.” Apa sudah jadi dengan NBI? Bila kita bandingkan pencapaian negara kita dengan negara jiran, tidak banyak yang kita boleh banggakan. Malah kita terus ketiggalan.

6. Selepas itu kita lancarkan “Malaysian Information, Communications and Multimedia Services 886” atau MyICMS 886 (2006 - 2010) bertujuan untuk memperkenalkan “eight (8) new services catalyses and promotes the development of eight (8) essential infrastructures - both hard and soft. These new services and infrastructures are aimed at generating growth in six (6) areas that have been identified as key for the consumers and businesses in Malaysia.” Saya tidak lagi mendengar sesiapa membicarakan perkara ini.

7. Apa sebenarnya masalah kita? Kita pandai merancang tetapi kurang berjaya melaksanakannya. Kenapa? Perlukah kita buat "bedah-siasat" secara telus? Mungkin hal ini yang kita perlu fikirkan sebelum membuat rancangan baharu. Kalau tidak, perkara yang sama akan berulang. Adakah kita lebih mementingkan "know-who" berbanding "know-how"? Adakah kita mementingkan pembangunan kebendaan berbanding pembangunan rohani? Di mana tahap integriti kita? Adakah kita rancang sesuatu projek kerana pihak yang akan melaksanakannya sudah dipilih? Patutkah wujud GLC (Government Linked Companies) dan PLC (Politically Linked Companies)?

Sumber: https://www.facebook.com/mohamed.awanglah/posts/10209007884529246

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo